Friday, December 09, 2011

"Bila Sifat Malu Tidak Berfungsi"

"Bila Sifat Malu Tidak Berfungsi.Biasa kita mendengar,lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga. Kalau kumbang suka kepada bunga,lelaki tentulah suka kepada wanita.Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik.Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki,baik di sekolah,di jalan-jalan raya,di pasar raya,di perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana-mana ruang dan peluang.Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba. Apa keistimewaan wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki?

Sememangnya wanita lain daripada lelaki,terdapat banyak kelainannya.Dalam sebuah hadis,Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:

"Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki,lalu Allah
kurniakan ke atas mereka sifat malu" (Hadis riwayat Baihaqi)

Wanita, apapun yang dilakukannya akan mendapat perhatian lelaki,Kalau dia buat baik,dikagumi,apabila buat jahat diminati, apabila dia memakai  pakaian menutup aurat dilihat menawan,apabila berpakaian seksi dilihat menggoda,dan macam-macam lagi yang menarik perhatian.

Oleh sebab itu Allah Subhanahu Wata'ala mengurniakan kepada wanita sifat malu.Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan.Kalau hendak buat jahat dia akan memikirkan kalau-kalau orang nampak,hendak dedahkan aurat dia takut orang mengganggunya,hendak berjalan seorang dia takut ada orang mengusiknya. Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam tindak tanduk seorang wanita.Tapi apa halnya kalau tidak tahu malu? Tentulah mereka tidak akan memikirkan semua itu.Pedulikan apa orang kata,pedulikan kalau orang tengok,tak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik, bahkan mereka rasa senang,seronok dan bahagia bila dalam keadaan begitu.Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud :

"Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu"

Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan.Sifat malu itu adalah pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji.Tidak payah diletakkan sifatn malu ini di atas neraca syariat,malah neraca akal pun sudah mengakui sebagai suatu sifat yang perlu ada pada diri manusia. Barangkali wanita hari ini kebanyakkannya tidak malu atau kurang malu.Sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat atau barangkali jika sifat malu yang dikurniakan Allah itu sudah tidakberfungsi sepenuhnya.Kalau demikian,bererti tiada iman di dada mereka.

Jelasnya,mereka tidak takut kepada Allah,tidak gerun kepada neraka Allah dan tidak cintakan syurga Allah.Mereka langsung tidak takut dengan hukuman yang bakal Allah timpakan ke atas mereka. Ini tandanya mereka tiada iman. Apabila tidak beriman,maka sifat malu yang sedia ada itu secara automatik akan hilang.Inilah realiti yang tidak boleh dinafikan, buktinya boleh dilihat di mana-mana.Melalui media cetak, media elektronik dan bahkan di hadapan mata kita sendiri berbagai ragam,kemunkaran berlaku,tidak terkecuali dilakukan oleh wanita. Sayangnya,wanita yang sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malunya tidak berfungsi sepenuhnya.Tapi percayalah,kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya,tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia,dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yang menimpa kaum wanita.Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

"Setiap insan pasti membuat kesilapan dan sebaik-baik manusia yang
membuat kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat"

Wallahu A'lam..



Read more!

PENGERTIAN HIJRAH

Dari sudut bahasa, hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan lain. Dari sudut istilah pula, hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang dilarang. Ini berdasarkan hadis daripada Abdullah bin Habsyi, bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah.” (Hadis riwayat Abu Dawud)

Dalam makna yang lebih luas, hijrah difahami sebagai perpindahan dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Contohnya, meninggalkan ajaran bertentangan dengan Islam dan kembali kepada ajaran Islam sebenar. Pada asasnya, peristiwa hijrah bukan saja berlaku kepada Nabi Muhammad tetapi turut dilakukan oleh nabi yang lain atas perintah Allah. Nabi Ibrahim umpamanya diperintahkan Allah berhijrah ke satu tempat yang lain seperti mana firman-Nya al-Quran yang bermaksud: “Setelah Nabi Lut beriman kepada-Nya dan Nabi Ibrahim pun berkata: Aku hendak berhijrah kepada Tuhanku, sesungguhnya Dialah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Ankabut, ayat 26).

Di samping Nabi Ibrahim, Nabi Musa juga diarahkan berhijrah kerana ancaman pembunuhan terhadap baginda. Selain itu, banyak ayat al-Quran yang menerangkan peristiwa hijrah Nabi Musa ke tempat Madyan, atas cadangan seorang lelaki yang mengetahui ada pakatan bunuh terhadap Nabi Musa. Selain Nabi Ibrahim dan Nabi Musa, Nabi Noh juga diperintahkan berhijrah kerana akan berlaku banjir besar.

Bagaimanapun dalam konteks hari ini, hijrah yang disambut setiap tahun pula lebih kepada memperingati peristiwa penghijrahan Rasulullah dan sahabat dari Kota Makkah al-Mukarramah ke Kota Madinah al-Munawwarah. Peristiwa hijrah tersebut menyingkap satu perjuangan yang ‘pantang menyerah atau mengaku kalah’ di samping ia menjadi garisan pemisah di antara kebenaran dan kebatilan. Ia juga diibaratkan sebagai satu jambatan yang menghubungkan antara dua tahap masa perjuangan Nabi iaitu, pertama di Makkah selama 13 tahun, dan kedua, di Madinah selama 10 tahun.


Ini bermakna Rasulullah berhijrah bukan untuk lari atau meninggalkan medan perjuangan, sebaliknya meneruskan perjuangan. Malah, hijrah memberikan harapan dan membayangkan keberhasilan perjuangan pada masa hadapan. Justeru, hijrah adalah tonggak perjuangan yang sangat bermakna. Hijrah juga fajar kemenangan yang menentukan kemenangan demi kemenangan perjuangan Nabi. Rasulullah dan sahabat berhijrah dari Makkah ke Madinah demi menyahut panggilan dan keimanan.

Dalam erti kata lain, hijrah itu berlaku atas dorongan iman yang kuat dan suci. Tanpa iman, pasti mereka akan berasa berat untuk meninggalkan keluarga, sanak saudara, kampung halaman dan kota kelahiran. Namun, demi mempertahankan cita-cita luhur yang lahir daripada iman kepada Allah dan Rasul-Nya, ia menguatkan semangat mereka untuk berhijrah. Mereka juga menyedari bahawa tanpa pengorbanan dan perjuangan kental, hasrat atau cita-cita murni itu pasti terkubur. Justeru, mereka bersiap sedia untuk berjihad dengan ikhlas kerana Allah. Mereka berhijrah demi memenuhi panggilan iman, mempertahan dan mencapai cita-cita murni itu. Mereka menghadapi apa sahaja rintangan, tekanan dan pelbagai kesulitan dalam perjalanan jihad itu dengan penuh sabar, tabah dan keteguhan hati. Hijrah Nabi dan sahabatnya bukan bererti menjadi orang yang kalah atau tersingkir. Hijrah yang penuh tentangan dan halangan itu memberi mereka peluang untuk meraih kemenangan.

Peristiwa hijrah juga memperlihatkan banyak kebijaksanaan Rasulullah. Ia menunjukkan bagaimana Nabi mengutamakan masjid, iaitu mendirikan masjid pertama di Madinah di satu tempat bernama Quba’ yang akhirnya dikenali sebagai Masjid Quba’. Ia juga memperlihatkan fungsi kepentingan masjid dalam Islam. Masjid kedua yang didirikan Nabi ialah Masjid Nabawi.

Seterusnya, kebijaksanaan baginda yang kedua ialah mempersaudarakan dua golongan, iaitu kaum Muhajirin (sahabat Nabi yang sama-sama berhijrah dari Makkah ke Madinah) dan kaum Ansar, yang bersedia menerima kedatangan mereka di Madinah. Baginda juga berusaha mengadakan beberapa kesepakatan dengan golongan Yahudi dan Nasrani di Madinah untuk mewujudkan suasana aman damai dan harmoni.

Melihat kepada perancangan baginda, marilah kita sama-sama mencontohi semangat hijrah yang terkandung padanya banyak hikmah dan iktibar. Antara teladan yang boleh dipelajari daripada hijrah Nabi ialah komitmen baginda memperbaiki dan membangunkan ummah, yakni membangun ummah beriman, bertakwa, bersaudara, bergotong royong, saling membantu dan hidup dalam damai dan harmoni, dengan umat beragama lain. Hijrah baginda bukan untuk kerehatan tetapi meneruskan perjuangan dakwah, kerja keras dan berkorban demi kebaikan ummah. Inilah masanya untuk umat Islam di Malaysia untuk menghayati roh hijrah ini untuk diaplikasikan dalam konteks semasa iaitu untuk membina semula kegemilangan tamadun Islam. Tamadun Islam tidak dapat dibina dengan hanya slogan-slogan indah atau retorik-retorik manis semata-mata, sebaliknya ia menuntut satu jihad, pengorbanan, kesungguhan dan komitmen yang jitu untuk menjulang panji-panji Islam ke persada dunia.

Hijrah juga mengajar makna perpaduan. Cuba renungkan kejayaan Rasulullah menyatukan dua kumpulan yang sebelum itu saling bermusuhan, iaitu Aus dan Khazraj. Atas nama persaudaraan dan demi kasih sayang kepada Allah, dua kumpulan ini akhirnya dapat disatukan. Dalam konteks kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia yang menyaksikan pelbagai ras, bangsa dan kaum, maka amat wajar umat Islam di Malaysia mempamerkan semangat toleransi dan rahmah sejajar dengan Islam sebagai al-Din yang amat menitik beratkan soal kedamaian sejagat dan kesejahteraan ummah.

Justeru, Islam dari awal-awal lagi menganjurkan umat Islam agar bekerjasama dan bertoleransi antara satu sama lain dalam memakmurkan bumi Allah ini. Bumi Allah ini adalah milik semua makhluk yang diciptakan Allah dan ia bukan milik atau kepunyaan istimewa satu-satu kaum atau bangsa-bangsa tertentu. Malah kesemuanya diberikan hak dan keistimewaan yang sama rata untuk sama-sama mendiami alam ini di samping untuk memakmurkannya ke arah kejayaan dan kebahagiaan sejagat.

Oleh itu, Islam melarang keras sebarang bentuk penindasan, kezaliman, kekejaman atau permusuhan dengan bangsa lain biarpun berlainan akidah dan kepercayaannya, sedangkan Islam adalah al-Din yang bersifat rahmat kepada sekalian alam sebagaimana firman Allah dalam surah al-Anbia, ayat 107 maksudnya: Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam.

Read more!

10 TANDA HATI KITA MATI

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah :

1. Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Wallahua'lam

Read more!

BETULKAN NIATMU MENUNTUT ILMU

Ketahuilah wahai saudaraku yang sangat berminat dan mempunyai perhatian dalam mencari ilmu , yang telah menunjukkan cita-cita yang tinggi dan rasa sangat dahaga terhadap ilmu pengetahuan , seandainya engkau berminat dalam mencari ilmu ini , untuk berlumba lumba dan mendapat kemegahan dan terkemuka dikalangan kawan kawan , dan untuk menarik perhatian terhadap dirimu dan menghimpun terhadap kekayaan dunia , maka sesungguhnya engkau telah berusaha untuk menghancurkan agamamu dan membinasakan dirimu sendiri , dan menjual akhiratmu untuk mendapat harta dunia , maka penjualanmu adalah rugi dan perniagaan mu adalah porak peranda dan guru yang mengajarmu dikira menolongmu dalam membuat maksiat dan ia juga akan merasakan kerugian . ketika ini guru yang mengajarmu laksana seorang yang menjual pedang kepada perompak seperti sabda Rasulullah :

Ertinya : “ sesiapa yang menolong orang lain melakukan sesuatu maksiat walaupun dengan setengah kalimat maka orang itu dikira berkongsi dalam melakukan maksiat tersebut “

Dan jikalau niatmu dalam mencari ilmu ini untuk mencari keredhaan Allah dan mencari hidayah bukan semata-mata untuk pandai bercakap maka hendaklah engkau bergembira kerana para malaikat telah mengembangkan sayapnya apabila engkau berjalan dan ikan yang berada dilaut semuanya meminta ampun darimu apabila engkau berjalan .
 

Imam Al Ghazali

Read more!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...